Monday 4 November 2019

REVIEW LOCAL PRODUCT: The Suria Roses

Hi there.
Assalamualaikum everyone. I am back with another post entry again. Kebelakangan ni rajin pulak menaip di blog. Memandangkan aku masih lagi menganggur banyak idea mencurah-curah.
Diharap tak bosan lah membaca di samping u guys boleh generate new knowledge and aku share experiences  to u guys kan? Haha!

So aku ni takdalah boycott or banned sama sekali local products kat Malaysia ni. Sebab aku ni jenis yang mudah memaafkan dan memberi peluang. Haha. Padahal tak sesuai produk memahal kan and tak mampu. Hahaha. Ok actually aku ada try pakai serum dan sabun from seorang founder orang Jitra, Kedah tempat aku ja. Dulu founder ni sebelum create her own product dia ada jual products orang lain dulu sebelum berjaya sampai ke tahap yang sekarang. Disebabkan aku ni sejenis yang gigih dan suka mencuba something new aku pun beli lah. Aku taktau la products ni dah terkemuka di pelosok dunia lagi or tak tengok feedback dia hari-hari fresh ada ja yang baru takdak mcm certain local products yg setiap kali update mesti repeat testimony ja asyik ulang testimony yg sama. Tapi The Suria Roses ni memang banyak sgt fresh feedback and testimonial berjaya.

Ok lepas aku beli dan pakai habiskan sebuku sabun dan dua botol serum The Suria Roses aku perhatikan what has changed my skin face was



Suria Soap



Suria Soap by TheSuriaRoses

Pros:
1. Kulit makin licin
2. Jerawat susah bertandang
3. Kulit lembab 
4. Kurang berminyak
5. Tak rasa tegang or ketat muka lepas mencuci 
6. Selesa dan happy!


Cons:
1. Tak nampak perubahan instantly putih (i nak kulit putih huhu)



Meanwhile,




                                                                                                                                                                 
Sis Roses Serum

     
 




        
Sis Roses Serum by TheSuriaRoses

Pros:
1. Mengecutkan dan mengurangkan pertumbuhan jerawat
2. Mengecilkan liang pori muka
3. Kulit terasa smooth dan tegang toing toing
4. Makeup tahan lama
5. Kulit bersih 

Cons:
1. Tak nampak isipadu serum dalam botol memandangkan botol warna putih tak transparent so taktahu sama ada kandungan sampai mana or dah habis.
2. Tekstur serum pekat dan cepat habis
3. Tak putihkan kulit muka (i nak putih)


Mungkin kena try The Suria Roses Whitening Collagen dia pulak kot. Hahaha. Aku terus terang tak berani telan kolagen di usia 23 ni babe sebab badan kita actually dah ada kolagen itself. Kolagen dalam badan mula susut naturally starting umur 25 and automatically stop produce at our age 30 years old. So aku rasa lagi 7 tahun baru terfikir nak telan kolagen or supplement kot hehehehe lanie rileks dulu.

Overall aku suka products from The Suria Roses ni sebab rasa suci dan selamat. Packaging dia terbaik. I likeeee cantek kot! Even sekarang dah stop pakai alhamdulillah muka aku tak seteruk dulu pernah stop pakai local products. Cuma aku malas repeat sebab kena pi beli jauh dekat Jitra plus dia tutup Jumaat only and time tu aku kerja aku pun cuti Jumaat jugak so takdak masa nak beli.  Sekarang menganggur no funding pulak hahaha. Apa pun before u all nak try sesuatu pada muka, badan kenal pasti masalah, kenal diri sendiri body anda bagaimana yea. Apa pun walking at your own risks okay. Oh ya dengar cerita product ni ada insurans RM1000.00 if tak salah so apa-apa jadi macam ada jaminan la in case product ni kena saman macam product local lain yang pengguna dia habis rosak muka agituh.

I think sampai sini dulu penceritaannya. Nanti aku update lagi apa aku pakai haha.

Bye-bye

REVIEW SKINCARE PRODUCT: Current skincare routine Safi Malaysia

Hi. Assalamualaikum everyone! Since I have a new update about my skincare routine here I am gonna put what products I am using almost two years.





Firstly untuk pencuci muka aku guna sabun beras Kbrothers ni. Memula aku boleh terjebak ni sebab ada orang bagi hadiah sabun ni then aku saja la try pakai yg biasa dulu. End up results dia memuaskan sebab muka aku jadi tegang and cerah. After that, aku try yg ada collagen pulak masha-ALLAH lagi daboom hasil dia pada muka aku. Alhamdulillah control oils kat muka, jerawat cepat kecut and kering, instantly cerah berseri, susah nak tinggal parut lepas ada jerawat. Lagi sekali nak ingatkan muka aku jenis combination skin more to oily area t-zone and cheeks but dry some area which is forehead.

Walaupun aku tahu sebenarnya sabun jenis buku ni tak sesuai sebagai pencuci muka due to high pH level kan tapi muka aku serasi babe. My skin tak sesuai pencuci muka yg jenis dalam tube, liquid  seperti dijual dekat drugstore. I know that kita kena pilih low pH cleanser for our skin face right. If not akan merosakkan skin barrier. But hey you should listen to your skin first. You know your skin itself right. Jangan terlalu ikut saranan orang sangat sedangkan keberkesanan tu pada diri sendiri. Aku beli benda ni 3 ketul RM10 alaa dekat pasar malam pun ada jual tak pun kiosk kecil, kedai toko jamu dlm supermarket, hypermarket dalam mall pun ada jual. Tahan lama sebab potong 4 bahagian hehehe jimat duit i tau. U guys kena pandai cari yang murmur kalau bernasib baik 5 ketul RM10 pun dapat.





Next, move forward to toner pulak. Ok dalam banyak product mahal aku pakai last kena yang murah jugak sesuai. Safi Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya Penyegar 100ml ni la penyelamat dah la murah, senang dapat, jimat tahan lama of course. Alaa paling mahal product drugstore pernah aku pakai is Bio-Essence je kot haha. Cara guna toner ni lepas cuci muka aku akan sapu dengan kapas dulu bagi keluar lebihan kotoran yang ada lepastu aku akan tempek lagi dengan tangan dab dab dlm dua tiga kali untuk effect glowing. Sebab aku ni ada pores kan so penting la toner untuk muka. Lagi lama pakai lagi nampak keberkesanan dia boleh repair our skin, kecikkan pores, bersihkan lagi kotoran pada muka, kecutkan jerawat serious talk. Aku bagi 5/5


Untuk malam aku akan pakai pada muka Safi Balqis Oxywhite Pelembab Gel Cerah Sempurna 45g untuk lebih coverage, protect, moist. Memula aku pakai rasa pedih jugak. Tapi aku teruskan pakai sebab mungkin tindakbalas kulit muka dengan product ni. Muka aku ada rasa gatal jugak lepastu. Then melekit dan tak selesa. Bila dah makin lama dia ok tak rasa apa bangun pagi muka rasa cerah bersih. Walaubagaimanapun memang aku tak beli dah lepas habis ni sebab tak selesa malam bila tidur rasa ada benda ja atas muka melekit. Aku bagi 3.5/5





Okay dua benda ni favourite gila. Firstly aku suka Safi Pelembap Muka Sari Gamat 80g biru memang terbaik lah aku akan selang seli penggunaan time malam dengan siang juga. Aku bagi 5/5 lah sebab lepas aku picit jerawat dia macam merawat semula tempat luka jerawat yang ada darah tu tau so amazing. Oxywhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 Manggis purple ni selalu guna bila pi kerja lepas remove makeup solat zohor dia ada whitecast sikit so aku kasi 4/5 boleh la. Aku paling suka pelembab safi gamat lagi taktahu dah berapa bekas aku repurchase rasanya dah 3-4bekas kot. Memang terbaik!

Nanti aku akan review sunblock yang pernah try pakai and mana paling favourite okay. Sebenarnya aku tengah try semua pelembab Safi Malaysia ni. Safi Pelembap Muka Strawberi Lemon & Habbatus Sauda yang warna kuning tu pun aku ada try tapi tak best sebab naik jerawat kecik kecik plus bau dia wangi gila. Mungkin aku alah dengan fragrance dia. Tujuan aku beli yang warna kuning ni sebab ikut function dia mencerah dan mengawal minyak. So far nak tunggu dia mencerah tu makan masa sebab aku tak sesuai so bila boring or terdesak baru pakai hahaha. Takkan repurchase dah.






Sampai sini sahaja dulu write up untuk kali ni. Sehingga kita bertemu lagi. Siapa sangka produk murah lagi berkesan. Jangan ingat produk mahal tu semua bagus okay. Just try and error. Yang penting listen to your skin jangan ikut cakap orang sangat. Buat rujukan boleh! Kulit masing-masing tak sama. Hehehe ok lah bye


Sunday 3 November 2019

BREAKOUT FACE: Fully recovered

Hi. Assalamualaikum dah dua tahun tak menaip rasa janggal. Usually aku akan menaip kat blog bila aku terasa terlalu sunyi, bosan, dan kepisangan haha.

Tahun ni adalah tahun yg paling tough bagi aku sebabnya tahun ni macam-macam yg jadi which is tahun ni lah accident, i lost my job, i get chicken pox huhu. Bila ujian menimpa tu kita kenalah berdoa supaya diberi kekuatan dan bersabar janganla mengeluh kan. 

So, tujuan aku masuk blog today adalah untuk update semula skincare product apa aku tengah pakai on face. Dann aku catatkan simpan di sini supaya memudahkan orang ramai untuk dapatkan maklumat, ilmu sebelum membeli dan as references juga. 

For your information almost two years ni juga my skin face fully recovered tau. Alhamdulillah banyak pengorbanan yg berlaku okay utk dapat result yg bagus. Sabar, konsisten dan jgn putus asa. 

Actually aku ada pergi consult dengan doktor pasal skin aku dulu tu. Aku buat rawatan chemical peeling, doktor bagi ubat makan antibiotik then sabun buku pencuci muka + pelembab. Aku buat dua session only. First session RM150 second RM100. Lepas ubat makan dan skincare doktor habis aku mula create basic skincare routine aku sendiri berdasarkan ilmu yang aku google, baca dan dengar dari pengalaman orang ramai. 







Okay aku pun macam perempuan lain jugak nak cantik, flawless, menarik, tertarik. Haha. Aku gunakan step cleanse - scrub - toner - essence - moisturize mcm dalam gambar. Cuma moisturizer time ni aku guna jenama neutrogena yg for combination skin tu. Oh ya for your information my skin type is combination skin more to oily dkt pipi n t zone kering di dahi. Moisturizer neutrogena tu aku pakai sekjap ja habis memang tak beli dah sebab bila pakai dia berpeluh gila kat muka memang tak selesa. Untuk siang aku cuma add on sunblock biore warna oren tu.



Next, i am gonna review supplement product which is makanan tambahan selain mengukuhkan skincare routine product.

I am taking supplement from this two products BLACKMORES Bio E 500 IU 30's beli dekat Aeon Wellness untuk hilangkan parut masa tu harga RM40+ manakala untuk cepatkan proses pengecutan jerawat, bagi muka glowing, cerah and healthy of course i telan Vitamin C 21st Century 1000mg around RM20 if tak salah beli dekat Guardian memang famous babe products ni. Actually this supplement u can get anywhere at drugstore tau. Others than that i minum green tea jugak brand Ahmad Tea untuk detox toksin dalam badan, plus green tea ni kaya dengan antioksida selain untuk kurus green tea boleh prevent from cancer gitu. Ahmad Tea ni murah 100teabags boleh dapat RM17 berbulan weh nak habiskan tapi rasa dia kelat sikit. Aku minum ni perah lemon or minum kosong gitu ja without added any sugar okay malahan honey pun bcs i dont like the weird taste. Kalau u guys nak sedap boleh beli jenama Dilmah. Memang feeling habis rasa bertenang and rileks gila lepas minum. Sila dapatkan di Aeon, Mydin, Tesco. Dulu aku beli masa Giant ada lagi sekarang dah tutup.





Alhamdulillah ini sedikit sebanyak product yang aku guna untuk pulihkan muka. Harap dapat membantu u guys okay. Lepas pada tu aku cuba perbaiki skincare routine dengan add on kaedah double cleansing. Aku guna biore cleansing oil je murah RM19-20 gitu. Kalau rasa have-have guna la hada labo atau brand simple punya. Hiks! So selamat mencuba. Yang mana masih mencari or tengah struggle healing aku doakan korang tabah dan kuat. Jgn putus asa okay.