Monday 3 April 2017

Real life just begins

Allahuakbar allahuakbar!
Perjalanan diploma aku baru sahaja selesai. Alhamdulillah 31 Mac 2017 aku tamat final exam paper law 🎆🎆🎆 Semakin dekat dgn tarikh paper law semakin stress. Tidoq malam tak lena kot asyik dok fikir ja memalam. Tidoq sat jaga sat jaga takot keluaq soalan yg tak dijangka. Satgi baca benda lain keluaq benda lain. Standard ah kan. Tapiii tu paaling takot tau dak sebab aku takmau dah repeat paper, extended sem lagi. Peeeeriiittt okay dgn masa terbuang, membazir duit wei. Kesian dekat parents 😭😭

Habis paper keesokkan plak ada buat kenduri tahlil & kesyukuran sikit dekat rumah sempena meraikan abg aku tamat latihan polis, mak kakak and abg sulong aku punya tarikh lahir juga. Lepastu abg sulong aku dpt anugerah kecermerlangan tmpt kerja dia jgk. Alhamdulillah syukur di atas semua kurniaan, rahmat kepada keluarga aku Allah kasi dalam tahun 2017. Aku harap sgt2 aku dapat bahagiakan and balas jasa baik parents aku sebelum jadi apa2 supaya aku tak menyesal. Memandangkan parents aku semakin dimamah usia saban hari. Aku cuma mintak satu pada Allah supaya parents aku diberikan kekuatan dan panjang umur hari2 aku mintak benda sama sebab kekuatan aku terletak pada depa. Tanpa depa aku taktau kat mana diri aku sekarang sebab aku sorang belum kahwin kakak and abang2 aku semua dah berkeluarga, beranak-pinak. Haha.

Abah cadang habis diploma ni pindah stay tasek gelugor dkt pulau pinang kira blah selatan la tadak seberang laut pun rumah tok. Cari kerja kat sana katanya. Ubah suasana baru cari pengalaman. Aku macam sebak dah sebab aku sayang gila aloq setaq ni tau dakkk 💔 Abah nak aku kerja tapi takmau kerja yg kena balik malam2 means aku tak boleh la cari kerja part time memandangkan bulan 11 nanti baru aku grad kot. Abah macam nak aku kerja permanent dah mcm full time as officer like that. Aku fikir ish ada kaaa?

Dulu aku pernah la buat kerja part time as a sale girl jual tudung kat cityplaza for one week. Tu pun abah aku tak suka tau mcm tak dapat restu giteww. But still i went jgk hihihi in the end payment mcm pftt RM130 SAJA for one week okay anddd operation hour 9am-9pm ko rasee? Berbaloi dak dgn nak kejar sales in a dayyyy. No matter what I am still bersyukur diberi peluang merasa pengalaman bekerja macam tu. After that i ada kerja dekat pacific star parade only a day weh hahahaha bcs i was tak tahan and tak suka bcs i kena angkut2 barang and kena panjat tinggi2 utk susun barang dekat dlm hypermarket tuuuu. After first day tu kan weh habis saket badan semua. Masa tu payment dia kira RM1.80 KOT per hour if im not mistaken tak pun RM2+ memang sgt2 sikit and tak berbaloi jugakkk. Then cakap dekat parents nak quit sebab mcm terok dah kerja mcm tu (cakap jelah manja) hahaha parents aku lg lah suka sebab kerja tu balek malam jugak so depa confirm kasi aku berenti kann. Parents ajak aku pi perlis kerja dgn mak menakan (mak sedara adik abah) bukak kantin sekolah dekat sana depa dapat tender sekolah rendah. Lepastu aku pun follow lah sumpah berbaloi okayyy sehari RM30 kalau rajin or pekerja tak ramai dapat double ok ko raseee?? One week dah berapa hahaha how about one month? Tu pun after tolak cuti la. Kalau kerja dlm hypermarket tu semua cuti hang sehari ja wei dahla 12jam bekerja. Kantin ni dgn hang tak payah kejar sales hang just tolong mop lantai, cuci pinggan mangkuk, jual makanan. Dahla dapat makan free. Ko raseee??? Ni semua pengalaman kerja aku habis SPM and time cuti semester.

Yes yes aku mmg cerewet dlm bekerja. Sebab aku tak suka kerja yg memenatkan hahaha suka kerja yg rilek2 and tak memberikan tekanan haa gitewww. Apa pun ni semua pengalaman. Besttt! So lanie nak cari kerja for a long termmmm. Doakan aku berjaya dunia akhirat ok guys? Yg penting rajin berusaha dan tawakallll. Aamiin

1 comment:

  1. Tritanium Pro | Titanium Art - TITanium Art
    Tritanium Pro benjamin moore titanium is a Tritanium design ion chrome vs titanium created to provide a very beautiful and high quality Tritanium Pro is a titanium ingot super-hot design titanium tubing for titanium tent stakes a

    ReplyDelete