Wednesday 22 March 2017

Re-blog

Hai semua. 
Assalamualaikum. Rasanya sudah bertahun aku tinggalkan zaman tulis blog ni selepas aku sedar dunia luar lagi seronok pada dunia alam maya. Hahaha😛 Dulu aku pernah sign up blog 2 account jugak lepastu aku close.

Aku mula sibuk dengan dunia sebenar selepas aku melangkah kaki ke IPT. Sejak pada hari tu aku banyak habiskan masa dengan whatsapp, twitter, dan instagram. Ni ja laman sosial aku bergiat aktif manakala facebook kadang2 saja. 

Sekarang, aku di semester 6 sedang meniti hari-hari terakhir zaman diploma. Ya aku student extended semester full time di sebuah IPT swasta kerjasama UiTM dalam bidang pengurusan teknologi pejabat. Ala lebih kurang kerja-kerja setiausaha, personal assistant gitew. Kerani pun boleh. Aku ni boleh dikatakan senior lah jugak sebab sepanjang zaman diploma asyik repeat paper saja setiap semester. Haihh. 

First semester dah tunjuk diri tau dak? 😀 Business mathematics aku failed. Semester 2 alhamdulillah semua lulus. Mai semester 3 aku failed eco pulak. Semester 4 aku failed 2 subject lg. Eco jgk (Principle of Economics) dan organizational behaviour (OB). Eco ni subject yg paling teruk aku pernah ambil pasalll 3x kot aku repeat eeiii bengapnya otak aku. Masok semester 5 (sepatutnya dah last sem) sebab bidang aku takda praktikal mcm bidang lain aku kena drop satu subject which research subject sebab tak cukop credit hours (faktor extended sem). Semester 5 ni paling azab ah antara sem lain sebab ada event subject busy namampos wei. Dahla dgn subject repeat paper mmg packed gila jadual. Lepastu esaimen report quizzes and all the things memang tak sempat nafas wei. Pada aku lah eh kalau hangpa semua takmau jadi mcm aku tolonglah tolonglah eh plan activity seharian hangpa and buat di awal waktu. Kalau tak haa mmg jadi mcm aku. Aku ni sejenis suka tangguh kerja and buat last minutes. Terok gila perangai 

Zaman diploma dah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Ragam manusia, pengorbanan, wang ringgit, masa. Diploma ni bagi aku permulaan hiduplah hehehehe. Banyak benda aku selami betul2. Zaman sekolah dulu aku banyak tak sedar ja hahahah. So lepas ni akan ada banyak lg update daripada aku yg akan memberi manfaat kepada orang sekeliling yg mencari maklumat memandangkan zaman cyber sekarang sikit2 orang google nak cari apa2 semua orang google. Tunggu lah next post aku nanti tauu. Bye!